Ada pihak yang menyembunyikan sesuatu...
239 keluaga masih lagi manati jawapan
Penerbangan MH370, yang berlepas pada 8 Mac 2014 dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang dalam awan biru dan kelihatan terhempas di lautan India.
Menurut laporan, penerbangan yang membawa 239 orang penumpang, di antaranya ibu, bapa, anak dan cucu.
Sahabat andai dan ahli keluarga tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal, dan semenjak dari hari itu mereka masih tidak berjaya mencari ketenangan.
Siasatan telah dibuka, tetapi pihak berkuasa memilih untuk menyembunyikan maklumat dan cuba mengkaburi siasatan sejak penerbangan hilang sehingga hari ini, sudah lima tahun.
Setahun yang lalu, segala siasatan telah terhenti, dan kelihatan seperti pihak berkuasa tidak akan menyambung semula siasatan. Perselindungan pihak berkuasa sangat menyakiti para keluarga dan membahayakan kami sebagai penumpang.
Oleh yang demikian, kami telah memutuskan untuk menawarkan hadiah sebanyak 250,000 Euro kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan sebarang maklumat baru mengenai titik-titik peristiwa sebelum, semasa atau selepas penerbangan.
Kami kekal sebagai tanpa nama kerana pihak berkuasa mencari kami.
Kami tidak akan mendedahkan diri dan kami tidak akan berhenti sehingga kebenaran terserlah.
Kami berharap dengan bantuan anda, kami akan berjaya mendapati kebenaran dan mengetahui apa yang tersembunyi dari kami dan mengapa ia disembunyikan.